Menyingkap Kidal

Foto saya
Bandar Tebrau, Johor Darul Tak`zim, Malaysia
Aku yang suatu ketika dulu terlalu gilakan kamera. Dan kini aku begitu konstruk untuk mempelajari 'mood' dan 'skill' untuk mendapatkan gambar yang menarik. Aku masih lagi belajar cara-cara mengendalikan kamera bersama orang yang tersayang. Dia juga tidak kurang hebat. Canon kesayanganku, chentaku juga aku sayang. 1000D akan menjadi kesayanganku sampai bila-bila. =)
Blog Widget by LinkWithin

Selasa, 18 Ogos 2009

Ditemani Teman - Syed Ahmad Mahdar




Berkeadaan emo dan suka bergambar. Mamat ni bersama-sama aku di KL menempuh segala onak duri dan ranjau besi dan batu konkrit di sini. Sahabat dari kampung yang datang untuk mencabar ilmu, kini ada bersama aku menemaniku di kota yang lunak di perkata. Husss.

Berdebak. Rambut ala-ala street army, berkeadaan selambe badak, menjadikannya tenang walaupun lutut terketar-ketar sewaktu sampai di sarang segala budaya di sini. Terjebak dengan aku yang baru memiliki kamera, dia sebagai model atau mole untuk aku menajamkan lagi mata lensaku.

Kini, mamat ni bersama-sama aku memperhalusi lagi petikan-petikan mendapatkan gambar yang terbaik. Brrruuuppp. Alhamdulillah. Aku punya teman di kota sesat ini agar aku tidak sesat ditelan kesesatan dan kesengsaraan bila berjauhan dari Johor Bahru, Johor. Tanah tumpah darah, tanah tangis sedih, tanah gelak gumbira. Kan Syed?

Nota kaki :
Kami tidak perlu jauh untuk memetik gambar seperti berada di luar negara. Kami hanya perlu bersyukur kerana kami berada di bumi bertuah MALAYSIA.

0 mulut jahat? :