Menyingkap Kidal

Foto saya
Bandar Tebrau, Johor Darul Tak`zim, Malaysia
Aku yang suatu ketika dulu terlalu gilakan kamera. Dan kini aku begitu konstruk untuk mempelajari 'mood' dan 'skill' untuk mendapatkan gambar yang menarik. Aku masih lagi belajar cara-cara mengendalikan kamera bersama orang yang tersayang. Dia juga tidak kurang hebat. Canon kesayanganku, chentaku juga aku sayang. 1000D akan menjadi kesayanganku sampai bila-bila. =)
Blog Widget by LinkWithin

Ahad, 23 Ogos 2009

Bila perut mula menggigil - TAHAN



KeLELAKIan tercabar apabila insan seperti aku yang mempunyai penyakit Thyriod yang hanya bergantung pada ubat tetapi berkeras ingin berpuasa. Perut akan terasa pedih dan nyilu apabila tiba pada masa-masa kemuncaknya iaitu pada pukul 4.30 petang hingga nak berbuka. Gila.

Tapi, bila dipikirkan semula. Aku ingin menilai diri aku sendiri dalam mengerjakan rukun Islam yang ke tiga, PUASA di bulan RAMADHAN. Adakah aku insan yang cepat mengalah? Apakah aku insan yang pengecut. Hanya berpuasa sahaja aku sudah kalah.

Apabila aku terlihat gambar diatas, hati mula terdetik. Aku adalah tentera muslimin, takkan rukun Islam yang ke-tiga ini aku tidak mampu aku lakukan. Aku akan berjuang untuk diri aku sendiri mencapai ke lima-lima rukun Islam. Yakin, berdoa dan berusahalah.


Sakit, sakit dan sakit.

Terlalu rapat betul aku dengan sakit. Dah macam-macam dah. Sekejap Mygrane, lepas tu Thyroid. Tahun lepas aku kena Chikukunya. Darjah enam aku ada Gastrik, tingkatan tiga plak dianugerahkan aku Appandic. Kayakan badan aku dengan virus yang membawa penyakit.

Nak rasa sikit x? Boleh bagi sikit buat-buat rasa.

Tapi, tu semua balasan aku terhadap apa yang aku buat. Huhu. Jahat aku ni, Allah sahaja lah yang tahu. Baik aku ni pun, biar Dia sahajalah yang tahu. Cekal untuk terus beribadah kepada-Nya menjadikan aku kuat untuk lalui hari yang penuh dugaan ini.

Tanpa rasa segan silu, aku ingin memohon segala kemaafan yang aku lakukan secara sengaja, mahupun tidak. Kepada teman-teman aku yang baru, mahupun yang lama bersama denganku, teman-temanku yang telah pergi, aku mohon kemaafan darimu. Teman-teman yang tiada disisi, maafkanlah sahabatmu ini. Dan semua teman-temanku yang mengenalimu, harap kau dengan JERITAN KEMAAFANKU yang terbuku didalam hati ini.


Aku,
Muslim Soldier.


Nota kaki:
Sahabat, aku memohon agar kau ampunilah dosa-dosa aku yang lama, mama dan papa, kakak, adik, aku banyak membuat dosa kepadamu, maafkanlah aku. Seluruh keluarga, sahabat handai, aku berdosa!!! Maafkanlah aku!!! :' (

2 mulut jahat? :

  1. ░♥si lampu neon♥░ berkata...

    ko amalkan pemakanan yang sihat, dan kebersihan diri. inSyaAllah dpt hindari penyakit.

    aku harap ko sembuh2

  2. PhotoKidal berkata...

    Mungkin dosa yang ada dalam diri, memakan diri sendiri...