Menyingkap Kidal

- PhotoKidal
- Bandar Tebrau, Johor Darul Tak`zim, Malaysia
- Aku yang suatu ketika dulu terlalu gilakan kamera. Dan kini aku begitu konstruk untuk mempelajari 'mood' dan 'skill' untuk mendapatkan gambar yang menarik. Aku masih lagi belajar cara-cara mengendalikan kamera bersama orang yang tersayang. Dia juga tidak kurang hebat. Canon kesayanganku, chentaku juga aku sayang. 1000D akan menjadi kesayanganku sampai bila-bila. =)
Isnin, 7 September 2009
Berbuka bersama Keluarga [ sebelah bapaku ]
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, cerita aku, puasa
Selasa, 1 September 2009
Kemerdekaan - Stadium Larkin
Panas, berpeluh, haus, lapar, nak pitam.....
Khamis, 27 Ogos 2009
Bila PhotoKidal Sapport Frenzy.Fm
Hari : Jumaat
Tarikh : 28/8/2009
DJ : Syuk
Lagu : 1) Sujud - Mawi feat. KRU
2) Bukan Superstar - Project Pop
Nota kaki :
Jom sapport Frenzy.Fm. http://dakfm-request.blogspot.com/
9 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, frenzy.fm
Soalan Uji Minda?
IF;
2+3=10
7+2=63
6+5=66
8+4=96
THEN;
9+7=???????????
Jawapannya :
144
Jawapan 72 sebenarnya salah!!! =)
Nota kaki :
Best gak dapat jawab soalan macam nih. Kalau ada lagi, bagi tau la. Boleh test IQ.
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, uji minda?
Isnin, 24 Ogos 2009
Pasangan 3 Sejoli
Gambar 1 : Sham ( berbaju hitam), Ude (berbaju kelabu)
Gambar 2 : Sayang (berbaju kelabu), Aku (berbaju puteh)
Gambar 3 : Shah (berbaju hijau), Along (berbaju hijau gelap)
Ketika makan, hujan turun dengan lebat. Ketika itulah, Manchester United menang ke atas Wigan 5 - 0. Ia memeriahkan lagi suasana yang suram ketika waktu sudah hampir tengah malam.
Nota kaki :
Lepas ni, boleh lepak-lepak lagi dengan kalian. Amat menyeronokkan dan kenangan makan di dalam hujan akan terpahat di hati sampai bila-bila.
7 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, aku chentakan dia
Ahad, 23 Ogos 2009
Bila perut mula menggigil - TAHAN
KeLELAKIan tercabar apabila insan seperti aku yang mempunyai penyakit Thyriod yang hanya bergantung pada ubat tetapi berkeras ingin berpuasa. Perut akan terasa pedih dan nyilu apabila tiba pada masa-masa kemuncaknya iaitu pada pukul 4.30 petang hingga nak berbuka. Gila.
Tapi, bila dipikirkan semula. Aku ingin menilai diri aku sendiri dalam mengerjakan rukun Islam yang ke tiga, PUASA di bulan RAMADHAN. Adakah aku insan yang cepat mengalah? Apakah aku insan yang pengecut. Hanya berpuasa sahaja aku sudah kalah.
Apabila aku terlihat gambar diatas, hati mula terdetik. Aku adalah tentera muslimin, takkan rukun Islam yang ke-tiga ini aku tidak mampu aku lakukan. Aku akan berjuang untuk diri aku sendiri mencapai ke lima-lima rukun Islam. Yakin, berdoa dan berusahalah.
Sakit, sakit dan sakit.
Terlalu rapat betul aku dengan sakit. Dah macam-macam dah. Sekejap Mygrane, lepas tu Thyroid. Tahun lepas aku kena Chikukunya. Darjah enam aku ada Gastrik, tingkatan tiga plak dianugerahkan aku Appandic. Kayakan badan aku dengan virus yang membawa penyakit.
Nak rasa sikit x? Boleh bagi sikit buat-buat rasa.
Tapi, tu semua balasan aku terhadap apa yang aku buat. Huhu. Jahat aku ni, Allah sahaja lah yang tahu. Baik aku ni pun, biar Dia sahajalah yang tahu. Cekal untuk terus beribadah kepada-Nya menjadikan aku kuat untuk lalui hari yang penuh dugaan ini.
Tanpa rasa segan silu, aku ingin memohon segala kemaafan yang aku lakukan secara sengaja, mahupun tidak. Kepada teman-teman aku yang baru, mahupun yang lama bersama denganku, teman-temanku yang telah pergi, aku mohon kemaafan darimu. Teman-teman yang tiada disisi, maafkanlah sahabatmu ini. Dan semua teman-temanku yang mengenalimu, harap kau dengan JERITAN KEMAAFANKU yang terbuku didalam hati ini.
Aku,
Muslim Soldier.
Nota kaki:
Sahabat, aku memohon agar kau ampunilah dosa-dosa aku yang lama, mama dan papa, kakak, adik, aku banyak membuat dosa kepadamu, maafkanlah aku. Seluruh keluarga, sahabat handai, aku berdosa!!! Maafkanlah aku!!! :' (
2 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, cerita aku, puasa
Khamis, 20 Ogos 2009
Terawih, kena buat ke?
Kelebihan Solat Tarawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Nota kaki :
Seronoknya kalau dapat buat semuanya. Kan bagus kalau kita kejar solat Tarawih, setahun sekali sahaja. Tak guna kejarkan harta dan pangkat, kita akan mati juga satu hari nanti.
4 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, puasa
Puasa dan adab-adabnya [ PESTA BERIBADAT]
A. Makan Sahur
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, puasa
Cinta bersemi pada setiap 20hb
Takmoh hilang dia..
Mane buleh dia takda dalam hati..
Susah nanti...
Mesti nanti tercari-cari...
Mana dia menghilangkan diri...
Takmoh hilang dia..
Aku sayag dia..
Dia pengubat duka...
Dia penghibur lara...
Dia segalanya..
Takmoh hilang dia..
Bila datangnya hari...
Janji akan terpatri...
Cinta akan bersemi..
Dia kumiliki..
Nota kaki :
Setiap 20hb akan sentiasa aku ingat sampai bila-bila. Kerna aku amat menghargainya.
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, aku chentakan dia
Selasa, 18 Ogos 2009
Bebaskan kami dari H1N1
bisik hatiku :
Wahai wabak yang datang diterbangkan oleh angin dan boleh berjangkit melalui pernafasan, kau pergilah dari sini agar aku dapat teruskan hidup sebagai seorang Khalifah Allah S.W.T untuk aku beribadat kepada-Nya. Janganlah kau datang kepadaku walaupun kau ada berhampiranku.
Walaupun engkau adalah askar Allah S.W.T yang ada pada masa ini, malapetaka yang diturunkan supaya manusia dapat berfikir tentang kebesaran Empunya diri mu wahai wabak H1N1, namun kau jauhlah dariku. Namun, jika takdir tertulis aku akan pergi bersamamu wahai askar yang membunuh, aku redha kepada-Mu, Ya Allah S.W.T.
Aku akan terus berdoa kepada-Mu, Ya Allah S.W.T, kerna aku hamba-Mu sahaja dan aku insan yang lemah. Kau ampunilah dosa-dosa aku yang lampau, yang mana ia menjadikan aku insaf yang kini selalu ingin berada di sisi-Mu. Dengan kalimah 'Tiada tuhan yang di sembah melaikanmu Ya ALLAH, dan Muhammad itu adalah pesuruhmu', aku berserah padamu.
Nota kaki :
Jangan tinggalkan sembahyang dan selalulah berdoa, dan berusahalah kita supaya kita dapat menghindari wabak ini dan jauhkan dari azab api neraka. Insya'Allah.
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, bring back Islam, cerita aku
Ditemani Teman - Syed Ahmad Mahdar
Berkeadaan emo dan suka bergambar. Mamat ni bersama-sama aku di KL menempuh segala onak duri dan ranjau besi dan batu konkrit di sini. Sahabat dari kampung yang datang untuk mencabar ilmu, kini ada bersama aku menemaniku di kota yang lunak di perkata. Husss.
Berdebak. Rambut ala-ala street army, berkeadaan selambe badak, menjadikannya tenang walaupun lutut terketar-ketar sewaktu sampai di sarang segala budaya di sini. Terjebak dengan aku yang baru memiliki kamera, dia sebagai model atau mole untuk aku menajamkan lagi mata lensaku.
Kini, mamat ni bersama-sama aku memperhalusi lagi petikan-petikan mendapatkan gambar yang terbaik. Brrruuuppp. Alhamdulillah. Aku punya teman di kota sesat ini agar aku tidak sesat ditelan kesesatan dan kesengsaraan bila berjauhan dari Johor Bahru, Johor. Tanah tumpah darah, tanah tangis sedih, tanah gelak gumbira. Kan Syed?
Nota kaki :
Kami tidak perlu jauh untuk memetik gambar seperti berada di luar negara. Kami hanya perlu bersyukur kerana kami berada di bumi bertuah MALAYSIA.
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, teman kidal
Kuala Lumpur - Kau Cantik
Perh, indahnya Kuala Lumpur di waktu malam. Aku memetik gambar ini sewaktu ramai orang tidur. Namun, aku terus memetik untuk kepuasan hati.
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, petikan kidal
AKU dan DIA mengenakan AEIOSE
Plaza Pudu, Puduraya
Aquaria, KLCC
Baju tak sampai-sampai, janji dua hari baju nak sampai. Sekali tu aku turun kat admin, aku tanya aku punya purssel ada sampai tak. Dieorang cakap kalau sampai musti dah ada. Aku kehairanan. Aku pon bagitau akak-akak yang ada kat admin, si Shakinah dah pos dah. Lagi la pening. Aku bukan takut tak dapat baju. Tapi aku takut tak sempat pakai bila aku berdua dengan chenta nanti.
Dalam hati aku menidakkan orang kata. Mereka kata mungkin aku letak salah alamat. Aku kata TIDAK! Mereka kata poskod aku salah. Aku kata TIDAK! Kerna kalau guna 2 poskod kat opis aku nih posmen akan hantar jugak, tak kiralah poskod Ampang KL dan Ampang Selangor. Semuanya aku jawab TIDAK! Tanpa berlengah, aku tanyakan kepada Si Ceti Shakinah.
Dengan nada selamba, perempuan yang sememangnya selamba berkata "Ala, sorry la. Posmen tu kata tulisan shax dieorang tak paham. Tu yang tak dapat nak hantar lagi". Perhhh, aku ingatkan minah bertudung ni tulisannya bukan main lawa, sekali abang posmen pon tak paham. Mujurlah aku dapat memakainya pada tarikh yang aku inginkan.
Nota kaki :
3 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, AEIOSE, cerita aku
Isnin, 17 Ogos 2009
AEIOSE designmu
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, AEIOSE, cerita aku
Bermulanya PhotoKidal?
Salam pembuka bicara,
Ini permulaan untuk aku. Pada semua yang tidak mengenaliku, butiran aku ada di bawah:
Nama penuh : Mohd Aiman Shazlishah b. Rosli
Nama samaran : Aiman Tak Kesah
Keistimewaan : Kidal
Umur : 23 Tahun
Keluarga : Anak kedua daripada tiga adik beradik
Status : Sudah berpunya (Insya'Allah awal tahun depan tunang)
Aku yang tak pernah kesahkan orang, yang sekarang ni menjadikan kerja-kerja mengambil gambar sebagai yang mungkin aku jadikannya sebagai part-time job untuk aku. Aku akan perangi jiwa aku untuk mencari sebanya mungkin job for my income untuk aku mengasah lagi bakat aku yang tersembunyi dibalik hati dan perasaanku.
0 mulut jahat? Terlabel pada ada aku kesah?, cerita aku