Menyingkap Kidal

Foto saya
Bandar Tebrau, Johor Darul Tak`zim, Malaysia
Aku yang suatu ketika dulu terlalu gilakan kamera. Dan kini aku begitu konstruk untuk mempelajari 'mood' dan 'skill' untuk mendapatkan gambar yang menarik. Aku masih lagi belajar cara-cara mengendalikan kamera bersama orang yang tersayang. Dia juga tidak kurang hebat. Canon kesayanganku, chentaku juga aku sayang. 1000D akan menjadi kesayanganku sampai bila-bila. =)
Blog Widget by LinkWithin

Selasa, 18 Ogos 2009

Bebaskan kami dari H1N1







bisik hatiku :
Wahai wabak yang datang diterbangkan oleh angin dan boleh berjangkit melalui pernafasan, kau pergilah dari sini agar aku dapat teruskan hidup sebagai seorang Khalifah Allah S.W.T untuk aku beribadat kepada-Nya. Janganlah kau datang kepadaku walaupun kau ada berhampiranku.

Walaupun engkau adalah askar Allah S.W.T yang ada pada masa ini, malapetaka yang diturunkan supaya manusia dapat berfikir tentang kebesaran Empunya diri mu wahai wabak H1N1, namun kau jauhlah dariku. Namun, jika takdir tertulis aku akan pergi bersamamu wahai askar yang membunuh, aku redha kepada-Mu, Ya Allah S.W.T.

Aku akan terus berdoa kepada-Mu, Ya Allah S.W.T, kerna aku hamba-Mu sahaja dan aku insan yang lemah. Kau ampunilah dosa-dosa aku yang lampau, yang mana ia menjadikan aku insaf yang kini selalu ingin berada di sisi-Mu. Dengan kalimah 'Tiada tuhan yang di sembah melaikanmu Ya ALLAH, dan Muhammad itu adalah pesuruhmu', aku berserah padamu.

Nota kaki :
Jangan tinggalkan sembahyang dan selalulah berdoa, dan berusahalah kita supaya kita dapat menghindari wabak ini dan jauhkan dari azab api neraka. Insya'Allah.

0 mulut jahat? :